Tuesday, 23 January 2018

PROSES PEMBENTUKAN KATA

PENGENALAN


Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membemntuk perkataannya, ada bentuk perkataan bersifat tunggal , contohnya , rumah, tinggal dan putih. Selain itu terdapat perkataan yan dibentuk hasil proses pengimbuhan, pemajmukkan dan penggandaan , contohnya, perkataan yang di bentuk proses pengimbuhan , meninggal dan meninggalkan, contoh pemajmukkan pula, putih telur dan rumah pangsa.  Akhir sekali ialah contoh penggandaan, ialah putih-putih dan kawan-kawan.



       DEFINISI PEMBENTUKAN KATA

Nik Safiah Karim (2010), mendefinisikan perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Pembentukan kata dapat dilihat dari segi unsur-unsur  yang membentuknya, yakni unsur-unsur yang bagaimana dan juga hubungan paradigmatik antara unsur-unsur berkenaan. Unsur-unsur yang mendirikan kata adalah morfem dan penelitian tentang gabungan morfem menjadi kata itulah yang dikenal sebagai morfologi


Bentuk Istilah Istilah boleh berbentuk sebagai kata akar bebas, kata berimbuhan, kata gabungan atau kata gandaan. 


  •  Bentuk Akar Bebas Kata akar bebas ialah bentuk yang boleh berdiri sebagai istilah atau menjadi dasar kepada pembentukan istilah yang lebih luas. Misalnya: haba (heat), sisa (residue). 



  • Bentuk Berimbuhan Bentuk berimbuhan ialah bentuk istilah yang mengandungi imbuhan. Misalnya: bersistem, angkasawan, keberkesanan, pendakwaan.




  •  Bentuk Gabungan Bentuk gabungan ialah bentuk istilah yang terdiri daripada dua kata atau lebih. Misalnya: Garis lintang, kadar inflasi, persegi panjang. 



  •  Bentuk Gandaan Bentuk gandaan ialah istilah yang seluruh atau sebahagian daripada bentuk dasarnya diulang. Misalnya: pepasir, jejari, buli-buli, kacang-kacang.

Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu Mana-mana kata umum dalam bahasa Melayu (termasuk kata dari dialek kawasan atau bahasa lama boleh dijadikan istilah dengan syarat: 

(a) Kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan.

 (b) Kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim). Contoh: hospital dan rumah sakit, dipilih hospital; fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi

. (c) Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.

 2.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun

 Kalau tidak dapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu, maka hendaklah dicari pula daripada bahasa-bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu.

 Misalnya: gambut (Banjar) peat 
                  nyeri (Sunda) pain 
                  engkabang (Iban) ellipenut
                   awet (Jawa) lasting


 2.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asing 

Kalau istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya dalam bahasa sumber (yakni disesuaikan, seperlunya), dan penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Demi 5 keseragaman, bahasa yang paling internasional (iaitu Inggeris) menjadi sumber, melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris.

 Misalnya:

 atom                atom
 electron           elektron 
professional     profesional


Istilah Asing yang Sudah Lazim

 Istilah asing yang sudah lama digunakan hendaklah terus dipakai (walaupun ada kalanya tidak sesuai dengan peraturan) untuk menjauhkan kekacauan.

 Misalnya:
 campaign - kempen 
custom - kastam 
dengue - denggi
 grant - geran 
pension - pencen 

No comments:

Post a Comment

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN Kesantunan verbal -Kesantunan non verbal -Kesantunan lisan -Kesantunan penulisan 3.1 Pendahuluan   “Ya...