Nik Safiah Karim (2010), mendefinisikan perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Pembentukan kata dapat dilihat dari segi unsur-unsur yang membentuknya, yakni unsur-unsur yang bagaimana dan juga hubungan paradigmatik antara unsur-unsur berkenaan. Unsur-unsur yang mendirikan kata adalah morfem dan penelitian tentang gabungan morfem menjadi kata itulah yang dikenal sebagai morfologi.
Menurut Nik Safiah Karim (2010), bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya iaitu:
i) Bentuk kata tunggal.
ii) Bentuk kata terbitan.
iii) Bentuk kata majmuk
iv) Bentuk kata ganda.
Bentu kata tunggal
perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yan tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangakain tergolong ke dalam jenis kata tunggal . Terdapat sekurang-kurangnyadua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi hanya dua suku kata atau lebih .
Sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu vokal (V) sahaja, atau satu vokal disertai satu konsonon, (K) atau satu vokal dengan beberapa konsonan. konsonon-konsonanitu hadir dihadapan atau dibelakang vokal atau serentak dihdapan dan di belakang. Ada konsonan yang boleh hadir secara bergugus (KK).
i)Kata tunggal satu suku kata
Contoh pola gabungan konsonan-vokal dua kata tunggal bahasa Melayu ialah seperti berikut:
NO.
|
POLA
|
CONTOH
|
||
1.
|
KV
|
ru
|
ya
|
yu
|
2.
|
VK
|
am
|
||
3.
|
KVK
|
bah
|
cat
|
dan
|
4.
|
KKVK
|
brek
|
draf
|
gred
|
5.
|
KVKK
|
bank
|
seks
|
teks
|
6.
|
KKKV
|
skru
|
||
7.
|
KKKVK
|
straw
|
skrip
|
Spring
|
Kata Tunggal Dua Suku Kata:
NO.
|
POLA
|
CONTOH
|
|
1.
|
V
+ KV
|
a/pa
|
e/la
|
2.
|
V
+ VK
|
a/ir
|
a/ur
|
3.
|
V
+ KVK
|
a/las
|
e/kor
|
4.
|
VK
+ KV
|
ab/di
|
in/ti
|
5.
|
VK
+ KVK
|
em/bun
|
in/dah
|
6.
|
KV
+ V
|
do/a
|
ri/a
|
7.
|
KV
+ VK
|
di/am
|
kui/h
|
8.
|
KV
+ KVK
|
bu/ku
|
gu/ru
|
9.
|
KV
+ KVK
|
mu/lut
|
pu/kul
|
10.
|
KVK
+ KV
|
bin/ti
|
sen/di
|
Kata Tunggal tiga suku kata:
NO.
|
POLA
|
CONTOH
|
|
1.
|
KV
+ V + KV
|
Bu/a/ya
|
Bi/o/la
|
2.
|
KV
+ V+ KVK
|
Ki/a/mat
|
Ka/e/dah
|
3.
|
V
+KV+V
|
u/re/a
|
i/de/a
|
4.
|
KV+KV+V
|
Pe/ri/a
|
Pe/tu/a
|
5.
|
KVK+KV+V
|
Tem/pu/a
|
Men/tu/a
|
6.
|
KV+KV+VK
|
Ra/su/ah
|
Ke/ti/ak
|
7.
|
KVK+KV+VK
|
Man/fa/at
|
Ber/li/an
|
8.
|
V+KV+KV
|
a/za/li
|
u/sa/ha
|
9.
|
V+KV+KVK
|
a/la/mat
|
a/ki/dah
|
10.
|
VK+KV+KV
|
Is/te/ri
|
Al/ma/ri
|
NO
|
POLA
|
CONTOH
|
|
1
|
KV + KV + VK + KV
|
Ke/lu/ar/ga
|
Ke/lu/an/gsa
|
2
|
KV + KVK + KV + KV
|
Se/jah/te/ra
|
Pe/ris/ti/wa
|
3
|
KVK + KV + KV + KV
|
Har/mo/ni/ka
|
Man/ja/ka/ni
|
4
|
KVK + KV + V + KV
|
Sen/ti/a/sa
|
|
5
|
KV + KV + KV + KV
|
Pa/no/ra/ma
|
Se/le/se/ma
|
6
|
KV + KV + KV + KVK
|
Ma/sya/ra/kat
|
Ke/le/mu/mur
|
7
|
KVK+KV+KV+KVK
|
Sen/ti/me/ter
|
|
8
|
KVK+ KVK + KV + KV
|
Dis/pen/sa/ri
|
|
9
|
KV + KV + V + KVK
|
Na/si/o/nal
|
|
10
|
V+KV+KVK+KV+ KV
|
u/ni/ver/si/ti
|
|
Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan mengabungkan huru awal suku kata ataudengan menggabunkanhuruf awal suku kata daripadasatu rangkai kata , dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan . Kata akronim boleh ditulis dalam tiga bentuk iaitu:
Akronim pertama
ADUN
|
Ahli Dewan Undangan Negeri
|
Akronim kedua :
Gapena
|
Gabungan Penulis Nasional
|
Akronim ketiga :
pasti
|
Pusat asuhan tunas islam
|
BENTUK KATA TERBITAN
kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan , iaitu proses yang menggangdinkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat, iaitu harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar. Berdasarkan pada kata dasar, imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu. :
- Awalan, yan hadir sebelum kata dasar
- Akhiran , yang hadir sesudah kata dasar.
- Apitan , yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan akhir si akhir kata dasar
- Sissipan, yang hadir di celah kata dasar.
Kata Terbitan Berawalan
Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan,kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan.
Contohnya :
1.Awalan kata nama
pe- ( pelari, perakus,penyapu )
pem- ( pembawa,pembuka )
pen- ( pendatang,pendua )
peng- ( penggali,penggubal )
2.Awalan kata kerja
me- ( melawan,menyikat,merasa)
memper- ( memperhamba,memperisteri)
ber- ( berjalan,berganti, berserta )
ter- ( terjebak,terbentuk )
di- ( diatur,ditimbang,disusun )
3. Awalan kata adjektif
ter- ( terbesar,terputih)
te- ( teruncing,terendah,teringin )
se- ( secantik,secerah,setebal )
Kata Terbitan Berapitan
Apitan wujud dalam kata nama terbitan,kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan
1.Apitan kata nama
pe…an ( pelaksanaan,perasaan )
penge…an ( pengesahan,pengehadan)
ke…an ( kelaianan,kelebihan )
2.Apitan kata kerja
me…kan ( memainkan,melukakan )
mem…kan( membaharukan,membaikkan )
ber…kan ( beralaskan,berlaukkan )
diper…i ( diperdengarkan,diperbahaskan )
ke…an ( kehujanan,kehausan,kepanaskan)
di…kan ( didekati,dimulai,diadili )
memper..i ( memperingati )
3.Apitan kata adjektif
ke…an ( keinggerisan,kearaban,kecinaan )
Kata Terbitan Bersisipan
Sisipan bahasa Melayu dapat wujud dalam
1.kata nama
2.kata adjektif
Contohnya :
i. Sisipan kata nama
-el- ( kelengkeng,telunjuk,kelabut )
-er- ( keruping,seruling,serabut )
ii. Sisipan kata adjektif
-el- ( selerak,gelembung )
-er- ( serabut,gerigi )
-em- ( gemilang,semerbak,gemerlap )
-in- ( sinambung )
Kata Majmuk
Bentuk kata majmuk lahir melalui proses pemajmukan, iaitu proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.
a. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.
b. Kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.
BENTUK PENGECUALIAN
terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. perkataan yang demikian tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan dan diangap kekcualian , bentuk-bentuk kata dasar tersebut ialah:
- waranegara
- antarabangsa
- olahraga
- kakitangan
- matahari
KATA GANDA
Proses yang menggandakan kata dasar akan menghasilkan bentuk kata ganda.
Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu:
- Penggandaan penuh (menggandakan keseluruhan kata dasar)
- Penggandaan separa (menggandakan sebahagian kata dasar)
- Penggandaan berentak (menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu)
Contoh-contoh kata ganda yang terdapat dalam artikel yang saya pilih ialah:
• Penggandaan penuh
-rekod-rekod
-negara-negara
-pahlawan-pahlawan
• Penggandaan separa
-kedua-dua
• Penggandaan berentak
-memburuk-burukkan
GOLONGAN KATA
Golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat iaitu:
A) Kata nama
B) Kata kerja
C) Kata adjektif
D) Kata tugas
Golongan kata nama
Golongan kata ini merangkumi sejum;lah perkataan yang boleh menjadi unsure inti pada binaan frasa nama dan lazimnya menamakan orang, tempat atau benda. Golongan kata nama dipecahkan kepada beberapa sub-golongan, seperti:
-kata nama khas (manusia dan bukan manusia)
-kata nama am (abstrak dan konkrit)
-kata ganti nama (tunjuk dan diri)
• Kata nama khas
- Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah
-Datok Bahaman
-Haji Mat Hassan
-Haji Abdul Rahman Limbong
• Kata nama am
- kesenangan
-keamanan
-kemerdekaan
-penjajahan
-keberanian
• Kata ganti nama
-ini, itu (ganti nama tunjuk)
-mereka (ganti nama orang ketiga)
Golongan kata kerja
Golongan kata kerja merangkumi sejumlah kata dasar yang dapat menjadi denti inti pada binaan frasa kerja dan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:
-kata kerja tak transitif (tidak memerlukan penyambut)
-kata kerja transitif (menerima objek sesudahnya)
Antara kata kerja yang terdapat dalam artikel yang saya pilih ialah:
• Kata kerja tak transitif:
-menyemai semangat patriotisme
-menyedarkan rakyat
-meningkatkan ilmu pengetahuan
-terkenal dengan
-mengaplikasikan teori
-menentang penjajah
-menaikkan idealisme
-menyatupadukan bangsa
-mengekalkan perpaduan
Golongan kata adjektif
Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Golongan kata ini dibahagikan kepada lapan kumpulan berdasarkan maknanya, iaitu:
-kata adjektif sifat/keadaan
-kata adjektif warna
-kata adjektif ukuran
-kata adjektif bentuk
-kata adjektif pancaindera
-kata adjektif waktu
-kata adjektif cara
-kata adjektif perasaan
Banyak kata adjektif telah digunakan dalam artikel hasil karya Shukri Bin Janudin. Antaranya:
• Kata adjektif sifat/keadaan
-setia
-cintakan
- lemah
• Kata adjektif ukuran
- besar
• Kata adjektif waktu
- silam
Golongan kata tugas
Merupakan golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen. Kehadirannya penting dalam ayat kerana tugas-tugas sintaksis yang dipikulnya. Tiap-tiap jenis kata tugas mempunyai peranan tertentu, yang jikalau tidak hadir dalam ayat, sama ada akan merosakkan ayat itu atau mengurangkan maksud-maksud tertentu. Golongan kata ini dapat dibahagikan kepada empat, iaitu:
- kata hubung (Sebagai perkataan yang menghubungkan ayat dengan ayat)
- kata praklausa (Sebagai perkataan yang hadir di hadapan ayat atau klausa)
- kata prafrasa (Sebagai perkataan yang hadir di hadapan frasa)
- kata pascakata (Sebagai bentuk perkataan yang hadir selepas perkataan- perkataan tertentu)
Kata tugas banyak digunakan dalam artikel ini antaranya ialah:
• Kata hubung
- dan (gabungan)
- manakala, namun begitu, maka (pancangan keterangan)
- yang (pancangan dentity)
- untuk (pancangan komplemen)
• Kata praklausa
- apakah (kata tanya)
- maka (kata pangkal ayat)
- akan (kata bantu)
• Kata prafrasa
- adalah (kata pemeri)
- akan (kata Bantu)
- amat , memang (kata penguat)
- di, dalam (kata sendi nama)
- tidak (kata naïf)
• Kata pascakata
- kesimpulannya (kata penekan)
No comments:
Post a Comment