Sunday, 4 March 2018

RAGAM AYAT

Ragam Ayat: Ayat Aktif dan Ayat Pasif


Dalam bahasa Malaysia, ragam ayat dapat dibahagikan kepada 2 jenis, yakni ayat aktif dan ayat pasif. Perbezaan antara 2 jenis ragam ayat ini ialah ayat aktif mengutamakan subjek sebagai judul, manakala ayat pasif menjadikan objek sebagai judul. Oleh itu, subjek bagi ayat aktif ialah pelaku sesuatu perbuatan, manakala subjek bagi ayat pasif ialah subjek terbitan yang pada asalnya merupakan objek.
Bagi ayat aktif, subjek asal diutamakan pada permulaan ayat, manakala objek mengikuti kata kerja dalam ayat. Binaan ayat ini menghasilkan turutan Subjek-Kata Kerja-Objek (SKO). Perhatikan bahawa kata kerja dalam contoh-contoh ayat aktif berikut diimbuhkan dengan imbuhan awalan meN–:
Ali telah memakan sepinggan nasi.
Salmah sedang membaca sebuah buku.
Ali tidak menyepak bola itu.

Salah satu ciri yang menjadikan bahasa Malaysia satu bahasa yang istimewa ialah kewujudan 2 jenis ayat pasif yang terdapat dalam bahasa Malaysia. Lazimnya, sesuatu bahasa hanya mempunyai satu jenis ayat aktif dan satu jenis ayat pasif. Namun, terdapat 2 jenis ayat pasif dalam bahasa Malaysia, yakni ayat pasif jati dan ayat pasif semu.
Bagi ayat pasif jati, turutan SKO diterbalikkan. Secara asasnya, ini menghasilkan turutan Objek-Kata Kerja- Subjek (OKS) oleh sebab perpindahan objek dari kedudukan asalnya (selepas kata kerja) kepada kedudukan subjek pada permulaan ayat. Dalam kata lain, objek dijadikan subjek terbitan dalam ayat pasif. Ayat pasif jati menggunakan imbuhan awalan di–pada kata kerja. Perhatikan juga bahawa subjek asal (pelaku) bagi contoh-contoh ayat di bawah dijadikan frasa sendi nama yang didahulukan oleh kata sendi nama ‘oleh’.
Sepinggan nasi telah dimakan oleh Ali.                      
Sebuah buku sedang dibaca oleh Salmah.                 
Bola itu tidak disepak oleh Ali.     
      
Walau bagaimanapun, penggunaan kata sendi nama ‘oleh’ bukanlah suatu kemestian dan ia boleh digugurkan. Secara lazimnya, keseluruhan frasa sendi nama tersebut juga boleh digugurkan sekaligus:
Sepinggan nasi telah dimakan Ali.                              
Sepinggan nasi telah dimakan.

Sebuah buku sedang dibaca Salmah.                       
Sebuah buku sedang dibaca.

Bola itu tidak disepak Ali.                                           
Bola itu tidak disepak.

Bagi ayat pasif semu, turutan katanya sedikit berbeza. Objek dikedepankan ke permulaan ayat. Sekiranya ada, kata kerja bantu atau kata nafi juga dikedepankan. Kata kerja utama pula dikekalkan pada kedudukan asal mengikuti subjek asal. Dalam ayat pasif semu, kata kerja tidak diimbuhkan.
Sepinggan nasi telah Ali makan.
Sebuah buku sedang Salmah baca.
Bola itu tidak Ali sepak.

Terdapat empat ragam ayat dalam bahasa malysia:
Image result for ragam ayat
 (a) Ayat penyata
1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerang­kan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya.
            Contohnya:
                        i.  Kakak sedang menyiram bunga.
                        ii. Lembu itu akan dijual.

  (b) Ayat tanya

2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :
            a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
            b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.
Contohnya
i.  Berapakah harga kasut itu?
ii.  Sudahkah adik minum susu?
iii. Bagaimanakah layanglayang itu dibuat

Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa.
2. Diakhiri dengan partikel -kah.
Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?

Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.
2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )
contoh : Kamu belum hantar buku itu ?

(c) Ayat perintah
1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.
Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.

2. Ayat perintah terbahagi kepada:
a. Ayat Suruhan
b.Ayat Permintaan
c.Ayat Larangan
d.Ayat Silaan

Contohnya:
a. Ayat Suruhan

1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.
Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.
               Turunlah dari sini sekarang juga.

b. Ayat Permintaan

1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.
Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
               Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.

c. Ayat Larangan

1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .
2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
Contoh : Jangan minum air itu.
              Usahlah menangis lagi.

d. Ayat Silaan

1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
3. Partikel -lah boleh digunakan.
Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.
               Jemputlah menikmati

(d) Ayat seruan

4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
Contohnya:
i.   Amboi, cantiknya baju kamu!
ii.  Aduh, sakitnya perut aku!

2 Ayat Aktif dan Ayat Pasif
1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men.

 Contohnya:
(a) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(b) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.

2.         Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya……
(a)        tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri              kedua. Contohnya:
            i. Bola itu saya tendang.
            ii. Borang itu perlu anda isi.
(b)        berawalan di dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga. 

Contohnya: Baju itu dibasuh oleh kakak.

3. Ayat pasif terdiri daripada:
(a)        ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
(b)        ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
(c)        ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di, diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.

4.         Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza.

Contohnya:
Ayat AktifApt Pasif Diri Pertama
(a) Saya mencuci kasut sekolah.
(b) Kita menerima keputusan itu.
(c) Aku akan memetik bunga itu.

(a) Kasut sekolah saya cuci.
(b) Keputusan itu kita terima.
(c) Bunga itu akan aku petik.

Ayat AktifAyat Pasif Diri Kedua
(a) Anda harus menyiapkan kerja itu.
(b) Awak mesti menyerahkan surat itu.
(c) Engkau patut memulangkan duitnya.

(a) Kerja itu harus anda siapkan.
(b) Surat itu mesti awak serahkan.
(c) Duitnya patut engkau pulangkan.

Ayat AktifAyat Pasif Diri Ketiga
(a) Mereka mengecat bangunan.
(b) Baginda meminta rakyat supaya
bersabar.
(c) Beliau mengarahkan orang ramai
supaya beratur.

(a) Bangunan dicat oleh mereka.
(b) Rakyat diminta oleh baginda supaya
bersabar.
(c) Orang ramai diarahkan oleh beliau
supaya beratur.

Ayat AktifAyat Pasif
1. Ali membaca buku itu.
2. Ibu memasak nasi lemak.
3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita.
4. Salmah memukul adiknya dengan kuat.

Buku itu dibaca oleh Ali.
Nasi lemak dimasak oleh ibu.
Nasihat guru kita, mesti kita dengar.
Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.


No comments:

Post a Comment

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN Kesantunan verbal -Kesantunan non verbal -Kesantunan lisan -Kesantunan penulisan 3.1 Pendahuluan   “Ya...