Tuesday, 23 January 2018

PEMBENTUKKAN KATA

     DEFINISI PEMBENTUKAN KATA

Nik Safiah Karim (2010), mendefinisikan perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Pembentukan kata dapat dilihat dari segi unsur-unsur  yang membentuknya, yakni unsur-unsur yang bagaimana dan juga hubungan paradigmatik antara unsur-unsur berkenaan. Unsur-unsur yang mendirikan kata adalah morfem dan penelitian tentang gabungan morfem menjadi kata itulah yang dikenal sebagai morfologi.

Menurut Nik Safiah Karim (2010), bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya iaitu:

i)        Bentuk kata tunggal.

ii)      Bentuk kata terbitan.

iii)    Bentuk kata majmuk


iv)    Bentuk kata ganda.



Bentu kata tunggal

perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yan tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangakain tergolong ke dalam jenis kata tunggal . Terdapat sekurang-kurangnyadua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi hanya dua suku kata atau lebih .

Sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu vokal (V) sahaja, atau satu vokal disertai satu konsonon, (K) atau satu vokal dengan beberapa konsonan. konsonon-konsonanitu hadir dihadapan atau dibelakang vokal atau serentak dihdapan  dan di belakang. Ada konsonan yang boleh hadir secara bergugus (KK).


i)Kata tunggal satu suku kata
Contoh pola gabungan konsonan-vokal dua kata tunggal bahasa Melayu ialah seperti berikut:

NO.
POLA
CONTOH
1.
KV
ru
ya
yu
2.
VK
am
3.
KVK
bah
cat
dan
4.
KKVK
brek
draf
gred
5.
KVKK
bank
seks
teks
6.
KKKV
skru
7.
KKKVK
straw
skrip
Spring


Kata Tunggal Dua Suku Kata:

NO.
POLA
        CONTOH
1.
V + KV
a/pa
e/la
2.
V + VK
a/ir
a/ur
3.
V + KVK
a/las
e/kor
4.
VK + KV
ab/di
in/ti
5.
VK + KVK
em/bun
in/dah
6.
KV + V
do/a
ri/a
7.
KV + VK
di/am
kui/h
8.
KV + KVK
bu/ku
gu/ru
9.
KV + KVK
mu/lut
pu/kul
10.
KVK + KV
bin/ti
sen/di

Kata Tunggal tiga suku kata:


NO.
POLA
        CONTOH
1.
KV + V + KV
Bu/a/ya
Bi/o/la
2.
KV + V+ KVK
Ki/a/mat
Ka/e/dah
3.
V +KV+V
u/re/a
i/de/a
4.
KV+KV+V
Pe/ri/a
Pe/tu/a
5.
KVK+KV+V
Tem/pu/a
Men/tu/a
6.
KV+KV+VK
Ra/su/ah
Ke/ti/ak
7.
KVK+KV+VK
Man/fa/at
Ber/li/an
8.
V+KV+KV
a/za/li
u/sa/ha
9.
V+KV+KVK
a/la/mat
a/ki/dah
10.
VK+KV+KV
Is/te/ri
Al/ma/ri

kata tunggal empat suku kata dan lebih:

NO
POLA
CONTOH
1
KV + KV + VK + KV
Ke/lu/ar/ga
Ke/lu/an/gsa
2
KV + KVK + KV + KV
Se/jah/te/ra
Pe/ris/ti/wa
3
KVK + KV + KV + KV
Har/mo/ni/ka
Man/ja/ka/ni
4
KVK + KV + V + KV
Sen/ti/a/sa

5
KV + KV + KV + KV
Pa/no/ra/ma
Se/le/se/ma
6
KV + KV + KV + KVK
Ma/sya/ra/kat
Ke/le/mu/mur
7
KVK+KV+KV+KVK
Sen/ti/me/ter

8
KVK+ KVK + KV + KV
Dis/pen/sa/ri

9
KV + KV + V + KVK
Na/si/o/nal

10
V+KV+KVK+KV+ KV
u/ni/ver/si/ti


Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan mengabungkan huru awal suku kata ataudengan menggabunkanhuruf awal suku kata daripadasatu rangkai kata , dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan . Kata akronim boleh ditulis dalam tiga bentuk iaitu:


Akronim pertama
ADUN
Ahli Dewan Undangan Negeri


Akronim kedua :

Gapena
Gabungan Penulis Nasional
Akronim ketiga :

pasti
Pusat asuhan tunas islam


BENTUK KATA TERBITAN

kata terbitan  ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan , iaitu proses yang menggangdinkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan  ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat, iaitu harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar. Berdasarkan pada kata dasar, imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu. :

  • Awalan, yan hadir sebelum kata dasar
  • Akhiran , yang hadir sesudah kata dasar.
  • Apitan , yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan akhir si akhir kata dasar
  • Sissipan, yang hadir di celah kata dasar.
Kata Terbitan Berawalan
Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan,kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan.

Contohnya :
1.Awalan kata nama
pe- ( pelari, perakus,penyapu )
pem- ( pembawa,pembuka )
pen- ( pendatang,pendua )
peng- ( penggali,penggubal )

2.Awalan kata kerja
me- ( melawan,menyikat,merasa)
memper- ( memperhamba,memperisteri)
ber- ( berjalan,berganti, berserta )
ter- ( terjebak,terbentuk )
di- ( diatur,ditimbang,disusun )

3. Awalan kata adjektif
ter- ( terbesar,terputih)
te- ( teruncing,terendah,teringin )
se- ( secantik,secerah,setebal )

Kata Terbitan Berapitan
Apitan wujud dalam kata nama terbitan,kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan

1.Apitan kata nama
pe…an ( pelaksanaan,perasaan )
penge…an ( pengesahan,pengehadan)
ke…an ( kelaianan,kelebihan )

2.Apitan kata kerja
me…kan ( memainkan,melukakan )
mem…kan( membaharukan,membaikkan )
ber…kan ( beralaskan,berlaukkan )
diper…i ( diperdengarkan,diperbahaskan )
ke…an ( kehujanan,kehausan,kepanaskan)
di…kan ( didekati,dimulai,diadili )
memper..i ( memperingati )

3.Apitan kata adjektif
ke…an ( keinggerisan,kearaban,kecinaan )


Kata Terbitan Bersisipan
Sisipan bahasa Melayu dapat wujud dalam
1.kata nama
2.kata adjektif

Contohnya :
i. Sisipan kata nama
-el- ( kelengkeng,telunjuk,kelabut )
-er- ( keruping,seruling,serabut )

ii. Sisipan kata adjektif
-el- ( selerak,gelembung )
-er- ( serabut,gerigi )
-em- ( gemilang,semerbak,gemerlap )
-in- ( sinambung )


Kata Majmuk
Bentuk kata majmuk lahir melalui proses pemajmukan, iaitu proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.

a.       Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.
b.       Kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur                          lain.

 
BENTUK PENGECUALIAN

terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan  yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. perkataan yang demikian tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan dan diangap kekcualian , bentuk-bentuk kata dasar tersebut ialah:

  • waranegara
  • antarabangsa
  • olahraga
  • kakitangan
  • matahari
KATA GANDA

Proses yang menggandakan kata dasar akan menghasilkan bentuk kata ganda. 

Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu:
- Penggandaan penuh (menggandakan keseluruhan kata dasar)
- Penggandaan separa (menggandakan sebahagian kata dasar)
- Penggandaan berentak (menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu)
Contoh-contoh kata ganda yang terdapat dalam artikel yang saya pilih ialah:
• Penggandaan penuh
-rekod-rekod
-negara-negara
-pahlawan-pahlawan
• Penggandaan separa
-kedua-dua
• Penggandaan berentak
-memburuk-burukkan


 GOLONGAN KATA

Golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat iaitu:
A) Kata nama
B) Kata kerja
C) Kata adjektif
D) Kata tugas

 Golongan kata nama


Golongan kata ini merangkumi sejum;lah perkataan yang boleh menjadi unsure inti pada binaan frasa nama dan lazimnya menamakan orang, tempat atau benda. Golongan kata nama dipecahkan kepada beberapa sub-golongan, seperti:
-kata nama khas (manusia dan bukan manusia)
-kata nama am (abstrak dan konkrit)
-kata ganti nama (tunjuk dan diri)


• Kata nama khas

- Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah
-Datok Bahaman
-Haji Mat Hassan
-Haji Abdul Rahman Limbong

• Kata nama am

- kesenangan
-keamanan
-kemerdekaan
-penjajahan
-keberanian

• Kata ganti nama

-ini, itu (ganti nama tunjuk)
-mereka (ganti nama orang ketiga)

 Golongan kata kerja

Golongan kata kerja merangkumi sejumlah kata dasar yang dapat menjadi denti inti pada binaan frasa kerja dan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:
-kata kerja tak transitif (tidak memerlukan penyambut)
-kata kerja transitif (menerima objek sesudahnya)
Antara kata kerja yang terdapat dalam artikel yang saya pilih ialah:

• Kata kerja tak transitif:
-menyemai semangat patriotisme
-menyedarkan rakyat
-meningkatkan ilmu pengetahuan
-terkenal dengan
-mengaplikasikan teori
-menentang penjajah
-menaikkan idealisme
-menyatupadukan bangsa
-mengekalkan perpaduan

 Golongan kata adjektif

Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Golongan kata ini dibahagikan kepada lapan kumpulan berdasarkan maknanya, iaitu:
-kata adjektif sifat/keadaan
-kata adjektif warna
-kata adjektif ukuran
-kata adjektif bentuk
-kata adjektif pancaindera
-kata adjektif waktu
-kata adjektif cara
-kata adjektif perasaan
Banyak kata adjektif telah digunakan dalam artikel hasil karya Shukri Bin Janudin. Antaranya:
• Kata adjektif sifat/keadaan
-setia
-cintakan
- lemah
• Kata adjektif ukuran
- besar
• Kata adjektif waktu
- silam

 Golongan kata tugas

Merupakan golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen. Kehadirannya penting dalam ayat kerana tugas-tugas sintaksis yang dipikulnya. Tiap-tiap jenis kata tugas mempunyai peranan tertentu, yang jikalau tidak hadir dalam ayat, sama ada akan merosakkan ayat itu atau mengurangkan maksud-maksud tertentu. Golongan kata ini dapat dibahagikan kepada empat, iaitu:
- kata hubung (Sebagai perkataan yang menghubungkan ayat dengan ayat)
- kata praklausa (Sebagai perkataan yang hadir di hadapan ayat atau klausa)
- kata prafrasa (Sebagai perkataan yang hadir di hadapan frasa)
- kata pascakata (Sebagai bentuk perkataan yang hadir selepas perkataan- perkataan tertentu)
Kata tugas banyak digunakan dalam artikel ini antaranya ialah:

• Kata hubung

- dan (gabungan)
- manakala, namun begitu, maka (pancangan keterangan)
- yang (pancangan dentity)
- untuk (pancangan komplemen)

• Kata praklausa

- apakah (kata tanya)
- maka (kata pangkal ayat)
- akan (kata bantu)

• Kata prafrasa

- adalah (kata pemeri)
- akan (kata Bantu)
- amat , memang (kata penguat)
- di, dalam (kata sendi nama)
- tidak (kata naïf)

• Kata pascakata

- kesimpulannya (kata penekan)


BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN Kesantunan verbal -Kesantunan non verbal -Kesantunan lisan -Kesantunan penulisan 3.1 Pendahuluan   “Ya...