Wednesday, 7 March 2018

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN



Kesantunan verbal


-Kesantunan non verbal-Kesantunan lisan-Kesantunan penulisan3.1 Pendahuluan  “Yang Kurik itu kendi, yang merah itu saga Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa”Menurut Amat Juhari Moin (1992), kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.3.2 Kesantunan Verbal Kesantunan berbahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih rendah kedudukannnya daripada kita. Awang Sariyan (2007) mendefinisikan kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan dan beradab memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman berbicara. Dalam Masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dalam masyarakat bahasa tersebut.3.3 Komunikasi nonverbal Komunikasi nonverbal merupakan komunikasi tanpa kata-kata yang dikenakan juga sebagai badan atau bahasa tubuh. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (1999) berpendapat bahawa bahasa badan (bahasa tubuh) termasuklah perhubungan ruang dari jarak, orientasi masa, gerak-geri, roman (rupa muka), gerak mata, sentuhan, suara dan kadar kelajuan kita bercakap. Gerakan Anggota Badan - Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi nonverbal mempunyao makna tertentu serta menyambpaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan. Gerakan Mata -Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat -Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya - Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjujjan dia berdusta Gerakan Tangan -Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksudnya. -Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk depan mulut yang bermakna diam/ tolong seyap. Mimik Muka -Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang daoat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan. -Air muka daoat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.3.4 Kesantunan Lisan Komunikasi lisan juga dikenali sebagai komunikasi verbal ialah merupakan komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung ketika dua orang sedang berbual.Kesantunan pengacara majlis, pengumuman dan arahan dalam perhimpunan, mesyuarat, protokol pertemuan dengan murid, rakan setugas, guru, guru besar atau pengetua, pekerja, ibu bapa , tetamu da seumpamanya. Kesantuana dalam komunikasi lisan melibatkan penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus.Penggunaan bahasa tubuj yang beradab dan bertatasusila.Dari segi bahasa, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah


  • Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan
  • Suara dan intonasi yang sopan
  • Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus
  • Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai
  • Penggunaan sistem panggilan yang betul
  • Gaya bahasa yang sesuai
  • Isi perbincangan yang tidak sensitif


Dari segi bahasa tubuh badan, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah
  • Gaya percakapan yang sopan
  • Pandangan mata yang sesuai
  • Gerak laku yang bertatasusila
  • Mimik muka yang positif
  • Hayunan yangan yang sesuai
  • Imej diri
Komunikasi secara lisan terdapat dalam bentuk
  • Formal - mesyuarat, syarahan, ucapan, pidato, forum dan lain-lain
  • Tidak formal - perbualan telefon, perbualan di kedai kopi, perbualan di majlis kenduri dan lain-lain 

3.5 kesantunan penulisan  Komunikasi bertulis memerlukan perhatian kepada proses komunilasi intrapersonal. Penyampai perlu berfikir secara serius sebelum melahirkan sesuatu mesej kerana penerima mesej tidak boleh bertanya secara langsung kepada penyampai mesej. Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah : - Surat rasmi - Laporan - Kertas kerja - Ucapan rasmi - Pidato - Minit Mesyarat Dalam bentuk komunilasi bertulis, aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian ialah seperti: - Penggunaan kata panggilan yang betul - Kata sapaan yang betul - Gaya bahasa yang betul - Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks - Isi yang tidak sensitif 3.6 Kesimpulan Kesantunan berbahasa tercermin dalam cara komunikasi sama ada dari segi verbal atau non verbal. Ketika berkomunikasi, kita perlu mengambil kira norma-norma budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja. Cara berbahasa harus sesuai dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat. Perkataan atau bahasa yang digunakan haruslah sesuai degan situasi ketika berkomunikasi. Sekiranya seseorang itu tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang sombong, angkuh, tidak acuh, egois, tidak beradat, bahkan tidak berbudaya.

x

Tuesday, 6 March 2018

LARAS BAHASA

LARAS BAHASA



LARAS BAHASA

Perbincangan mengenai laras bahasa tidak dapat terlepas daripada membincangkan dua konsep, iaitu pengguna dan penggunaan. 

Pengguna ialah orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan penggunaan ialah bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan dengan cara yang berbeza-beza, misalnya dialek Kelantan, Melaka, Sarawak dan sebagainya. 

Penggunaan bahasa yang berbeza-beza ini melahirkan laras. Ini disebabkan penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan situasi dan faktor lain melahirkan kata-kata yang berbeza mengikut keadaan. Misalnya kata-kata yang digunakan untuk bergurau-senda adalah berbeza daripada kata –kata yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu ucapan. Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa penggunaaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor-faktor sosial seperti keadaan dan tempat, disebut sebagai laras bahasa atau laras sosial. Manakala penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor geografi atau daerah disebut sebagai dialek daerah. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan laras bahasa dalam variasi bahasa.

DEFINISI LARAS

Laras bahasa bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. - Ure & Ellis (1977) mengganggap laras sebagai “jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi yang berlainan” - Halliday (1968) mendefinisikan laras sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. - Laras bahasa merupakan satu konvensi sosial. - Laras bahasa sejenis bahasa yang digunakan mengikut situasi yang berlainan. - Jumlah laras bahasa ada kaitan dengan taraf kemajuan sesebuah masyarakat.

CIRI LARAS BAHASA

Menurut Ure & Ellis (1977), penggunaan laras bahasa yang berlainan ditentukan oleh dua faktor utama, iaitu:
1 Ciri Keperihalan
2 Ciri Linguistik

1 CIRI KEPERIHALAN
 
Terbahagi kepada 2 jenis, iaitu:
A) Situasi Luaran
B) Situasi Persekitaran

A) Situasi Luaran 

bermaksud latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan perlakuan-perlakuan anggota masyarakat.

■ Contoh, huraian tentang laras bahasa Melayu lama hendaklah dikaitkan dengan situasi istana dan tradisi sastera lisan.

B) Situasi Persekitaran –

 Mencakupi aspek-aspek terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa.

■ Terdapat banyak aspek situasi persekitaran yang mengakibatkan bahasa yang berlainan, yakni yang menimbulkan laras berlainan. Antaranya :


i). Cara penyampaian

■ Bentuk perhubungan yang digunakan, termasuklah jenis bahasa yang bersifat tulisan,            lisan, isyarat dan sebagainya.
■ bahasa lisan berbeza daripada bahasa tulisan.

■ Dalam bahasa tulisan terdapat pelbagai variasi seperti laporan, ucapan, esei , novel,             cerpen,


ii).Perhubungan Sosial dan peribadi antara yang terlibat dalam sesuatu penggunaan bahasa. 

■ Terdapat dua aspek iaitu :

a).Berasaskan perkaitan peribadi, perhubungan antara individu dengan individu sebagai anggota dalam masyarakat.

■ Terdapat pelbagai jenis hubungan peribadi.

■ Perhubungan paling mesra seperti hubungan kekasih, suami isteri dan rakan karib.

■ Hubungan peribadi formal seperti antara pekerja dengan majikan, yang berpangkat rendah dengan yang berpangkat tinggi.

b). Perhubungan yang tidak bersifat peribadi adalah seperti yang berlaku antara penghasil dan pembaca akhbar, buku dan majalah serta alat media lain.


2. CIRI LINGUISTIK

Terdapat tiga aspek yang perlu diperhatikan dalam aspek linguistik, iaitu aspek kata yang digunakan dalam sesuatu laras, aspek ayat dan ketenunan.

i) Aspek Kosa Kata

Aspek kosa kata ialah penggunaan kata dalam sesuatu laras, sama ada digunakan banyak istilah khusus, istilah umum ataupun gabungan kedua-duanya. Penggunaan istilah yang berlainan berdasarkan bidang akan dapat ditentukan jenis laras yang digunakan. Di samping itu, sesetengah laras menggunakan kata-kata pinjaman asing dan sebagainya. Pendek kata, dalam aspek kosa kata, segala aspek ayat akan dibincangkan untuk menunjukkan sesuatu laras itu mempunyai kata-kata tertentu yang berbeza daripada laras-laras lain.

ii) Aspek Ayat

Dalam aspek ayat penekanan ialah pada jenis dan juga binaan ayat yang digunakan dalam sesuatu laras. Sesetengah laras menggunakan banyak ayat majmuk dan kurang ayat tunggal manakala laras yang lain pula proses pengguguran banyak berlaku dalam ayat-ayat yang digunakan. Pendek kata, dalam aspek ayat segala perkara yang berkaitan dengan jenis dan binaan ayat akan dibincangkan.

iii) Aspek Ketenunan

Aspek ketenunan ialah keutuhan sesuatu laras sebagai sebuah teks. Ini berkaitan dengan unsur-unsur tertentu yang digunakan oleh laras sebagai kesatuan yang utuh ataupun sebaliknya. Sesetengah laras menggunakan unsur perulangan keratan rentas dan sebagainya untuk menunjukkan ketenunan sesuatu laras itu.

JENIS JENIS LARAS BAHASA

Laras Biasa

Laras ini merupakan penggunaan bahas ayang tidak membabitkan sebarang bidang ilmu atau konteks khusus. Ia biasanya digunakan dalam perbualan seharian. Oleh itu, laras biasa tidak mengandungi istilah atau pola yang khusus. 
Contoh : Hai Mat ! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu?

Laras Perniagaan 

Laras jenis ini digunakan untuk mengiklankan jenama barangan yang ingin dijual. Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya membeli berangan menerusi cara penyampaian yang menarik sekali. Ayat yang digunakan pendek-pendek dan tidak gramatis. 
Contoh : Percuma, sebiji lampu suluh bermutu tinggi dengan setiap pembelian minyak Unicorn empat liter. 

Laras Ekonomi

■ Laras ekonomi berbentuk ilmiah.
■ menggunakan istilah-istilah teknikal
■ tidak mementingkan struktur ayat, 
■ bersifat formal
■mementingkan susunan maklumat yang disampaikan dengan jelas dan eksplisit. 
■ Setiap data dapat dihuraikan berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statik.
Contoh: Jumlah dagangan negara melonjak ke tahap yang tertinggi sebanyak RM 880.37 bilion pada tahun 2004, didorong oleh sektor eksport yang turut merekodkan nilai terbesar dalam sejarah ekonomi negara.

Laras Akademik

Laras akademik boeh dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan bidang ilmu yang diperkatakan. Antaranaya laras sains, laras ekonomi, Laras sastera dan sebagainya. Laras ini kemudiannya terbahagi pula kepada beberapa sub-bidang yang terdapat dalam sesuatu bidang akademik. Misalnya, dalam bidang sains, terdapat laras kimia, biologi dan fizik.
Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan dengan kehadiran istilah-istilah teknikal dan khusus yang berkaitan dengan bidang berkenaan. Contohnya dalam bidang ekonomi terdapat istilah-istilah khusus seperti permintaan, kos, modal, buruh dan susut nilai.
Contoh laras sains dalam bidang biologi : Sel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang dirembeskan bersifat alkali. 

Laras Undang-Undang

Laras undang-undang merupakan salah satu daripada laras ilmiah yang terdapat dalam bahasa Melayu sejak zaman dahulu lagi. Bagaimanapun, pada hari ini, laras undang-undang lebih bersifat moden dan banyak menggunakan istilah teknikal. 
Contoh : Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan brekenaan. 

Laras Media Massa

Laras media massa kurang mementingkan gaya atau nahu, khususnya penggunaan imbuhan dan kata hubung. Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada pembaca dan penonton. 
Contoh : Perak menjuarai kejohanan bola sepak Piala Malaysia 1998 selepas menewaskan Terengganu dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam tadi.

Laras Sestera

Seperti laras-laras bahasa yang lain, laras bahasa sastera juga mementingkan istilah-istilah khusus dan teknikal. Bezanya, bidang yang diperkatakan itu ialah mengenai bahasa dan kesusasteraan serta hubungan antara kedua-duanya.
Contoh : Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej yang ingin disampaikan, watak dan perwatakan unsur termasuk personifikasi dan metafora. 

Laras Rencana

Laras rencana adalah satu laras bersifat umum yang menyentuh mengenai tajuk tertentu. Ciri utama dalam laras rencana ialah kepelbagaian idea mengenai sesuatu tajuk yang diperkatakan. 
Contoh : Oleh kerana baru dilancarkan, kejayaan model terbaru Proton, ‘Proton Satria GTi’ masih belum dapat diukur. Pelbagai aspek seperti pilihan pembeli, faktor reka bentuk, kemudahan mendapatkan alat ganti dan ketahanannya perlu diambil kira. Model terbaru ini pastinya berhadapan dengan pelbagai rintangan sebelum model ini berkemampuan untuk menguasai pasaran dalam dan luar negara. 

Larasa Bahasa Sains

laras bahasa Sains merupakan laras bahasa ilmiah yang berbahasa moden, bersifat formal, mementingkan ketepatan makna dan fakta justeru tiada penggunaan bahasa basahan dalam laras bahasa Sains. Selain itu, laras bahasa Sains mempunyai sifat intelektual, saintifik, formal dan objektif berdasarkan sesuatu kajian dan fakta. Malahan, istilah sains dan teknikal adalah banyak dan mengandungi istilah pinjaman. Di samping itu, laras bahasa Sains terdapat banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif serta dibahagikan kepada subbidang seperti laras fizik, biologi, kimia dan teknologi. Pemilihan katanya yang mengelirukan dan menimbulkan percanggahan makna tidak dibenarkan dalam laras ini. Secara khusus, laras Sains mempunyai beberapa ciri, iaitu istilah khusus seperti penitratan, molekul dan ion logam.

Larasa Bahasa Agama

Laras bahasa Agama merujuk kepada teks yang diungkapkan untuk memperkatakan hal ehwal agama. Maksudnya, kandungan laras agama meliputi aspek agama, perkara berkaitan agama, dan apa-apa jenis agama. Pada abad ini, bahasa Melayu bukan sahaja membincangkan mengenai hal ehwal agama Islam semata-mata, bahkan turut digunakan oleh agama lain dalam perbincangan atau penulisan kitab agama mereka. Misalnya, jika isi teks berkisar mengenai agama Islam, maka struktur ayatnya banyak dipengaruhi oleh struktur bahasa Arab. Malah, laras ini digunakan untuk menerangkan sebarang topik yang ada kaitannya dengan agama, termasuklah tentang akidah, fiqah, kisah-kisah Nabi dan para sahabat, serta kadangkala diselitkan dengan petikan daripada Al-Quran dan Hadis. Oleh sebab agama Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, iaitu seorang khalifah yang berbangsa Arab dan baginda menyebarkannya, maka bahasa Arab merupakan bahasa pengantar utama bagi agama Islam. Selain itu, laras ini kerap menggunakan kias ibarat. Sebagai contoh penggunaan laras bahasa agama ialah dia bermunajat kepada Allah Subhanahuwataala agar mereka sekeluarga diberikan hidayah untuk meneguhkan iman, sekali gus menempa kejayaan di dunia dan akhirat.

Larasa Bahasa Sukan

Laras bahasa Sukan ini menggunakan bahasa yang ringkas, bersahaja dan jelas. Malah, kosa kata yang digunakan lebih mudah difahami bagi menyampaikan maklumat kegiatan sukan. Lantaran itu, penggunaan laras ini banyak menggunakan istilah aktiviti sukan. Malah, sebahagian besar ayat yang digunakan dalam laras ini terdiri daripada ayat penyata dan ayat tunggal. Subjek ayat mendahului predikat. Ayat majmuk juga digunakan untuk menjelaskan sesuatu fenomena supaya maklumat yang disampaikan lebih jelas kepada pendengar atau pembaca. Sebagai contoh laras bahasa Sukan ialah sistem liga merupakan satu-satunya format pertandingan  yang paling digemari oleh pihak penganjur dan para peserta dalam permainan sukan berpasukan. Hal ini kerana, sistem ini membolehkan setiap pasukan bertemu dengan seberapa banyak mungkin dengan pasukan lain bagi memperoleh gelaran juara. Dalam sistem ini, terdapat formula-formula yang penting yang boleh dibuat sebagai panduan untuk menentukan jumlah peruntukan masa, pengadil, padang permainan, dan kelengkapan yang diperlukan. Misalnya, sukan bola sepak daalam Liga Inggeris.


KEPENTINGAN LARAS BAHASA


■ Laras bahasa amat penting.
■ Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu dan dapat menjadi ukuran maju-mundurnya.
■ Perbandingan jumlah laras bahasa Melayu sebelum dan sesudah merdeka, misalnya dapat membuktikan hakikat bahawa bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang amat pesat – bertambah dengan pesat.
■ Penutur-penutur bahasa Melayu sewajarnya mengenali laras-laras utama bahasa Melayu.
■ Lebih penting mesti tahu membezakan antara laras formal dengan laras tidak formal supaya tidak timbul penggunaan laras yang tidak sesuai dengan situasi tertentu.
■ Kumpulan pemimpin dan mereka yang terlibat dengan media massa perlu sentiasa peka dengan penggunaan laras yang sempurna kerana kadang kala menjadi teladan.
■ Laras baru seharus dipelajari sebagai satu kemahiran. – Dicadangkan pada tahap persekolahan lagi.



Sunday, 4 March 2018

RAGAM AYAT

Ragam Ayat: Ayat Aktif dan Ayat Pasif


Dalam bahasa Malaysia, ragam ayat dapat dibahagikan kepada 2 jenis, yakni ayat aktif dan ayat pasif. Perbezaan antara 2 jenis ragam ayat ini ialah ayat aktif mengutamakan subjek sebagai judul, manakala ayat pasif menjadikan objek sebagai judul. Oleh itu, subjek bagi ayat aktif ialah pelaku sesuatu perbuatan, manakala subjek bagi ayat pasif ialah subjek terbitan yang pada asalnya merupakan objek.
Bagi ayat aktif, subjek asal diutamakan pada permulaan ayat, manakala objek mengikuti kata kerja dalam ayat. Binaan ayat ini menghasilkan turutan Subjek-Kata Kerja-Objek (SKO). Perhatikan bahawa kata kerja dalam contoh-contoh ayat aktif berikut diimbuhkan dengan imbuhan awalan meN–:
Ali telah memakan sepinggan nasi.
Salmah sedang membaca sebuah buku.
Ali tidak menyepak bola itu.

Salah satu ciri yang menjadikan bahasa Malaysia satu bahasa yang istimewa ialah kewujudan 2 jenis ayat pasif yang terdapat dalam bahasa Malaysia. Lazimnya, sesuatu bahasa hanya mempunyai satu jenis ayat aktif dan satu jenis ayat pasif. Namun, terdapat 2 jenis ayat pasif dalam bahasa Malaysia, yakni ayat pasif jati dan ayat pasif semu.
Bagi ayat pasif jati, turutan SKO diterbalikkan. Secara asasnya, ini menghasilkan turutan Objek-Kata Kerja- Subjek (OKS) oleh sebab perpindahan objek dari kedudukan asalnya (selepas kata kerja) kepada kedudukan subjek pada permulaan ayat. Dalam kata lain, objek dijadikan subjek terbitan dalam ayat pasif. Ayat pasif jati menggunakan imbuhan awalan di–pada kata kerja. Perhatikan juga bahawa subjek asal (pelaku) bagi contoh-contoh ayat di bawah dijadikan frasa sendi nama yang didahulukan oleh kata sendi nama ‘oleh’.
Sepinggan nasi telah dimakan oleh Ali.                      
Sebuah buku sedang dibaca oleh Salmah.                 
Bola itu tidak disepak oleh Ali.     
      
Walau bagaimanapun, penggunaan kata sendi nama ‘oleh’ bukanlah suatu kemestian dan ia boleh digugurkan. Secara lazimnya, keseluruhan frasa sendi nama tersebut juga boleh digugurkan sekaligus:
Sepinggan nasi telah dimakan Ali.                              
Sepinggan nasi telah dimakan.

Sebuah buku sedang dibaca Salmah.                       
Sebuah buku sedang dibaca.

Bola itu tidak disepak Ali.                                           
Bola itu tidak disepak.

Bagi ayat pasif semu, turutan katanya sedikit berbeza. Objek dikedepankan ke permulaan ayat. Sekiranya ada, kata kerja bantu atau kata nafi juga dikedepankan. Kata kerja utama pula dikekalkan pada kedudukan asal mengikuti subjek asal. Dalam ayat pasif semu, kata kerja tidak diimbuhkan.
Sepinggan nasi telah Ali makan.
Sebuah buku sedang Salmah baca.
Bola itu tidak Ali sepak.

Terdapat empat ragam ayat dalam bahasa malysia:
Image result for ragam ayat
 (a) Ayat penyata
1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerang­kan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya.
            Contohnya:
                        i.  Kakak sedang menyiram bunga.
                        ii. Lembu itu akan dijual.

  (b) Ayat tanya

2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :
            a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
            b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.
Contohnya
i.  Berapakah harga kasut itu?
ii.  Sudahkah adik minum susu?
iii. Bagaimanakah layanglayang itu dibuat

Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa.
2. Diakhiri dengan partikel -kah.
Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?

Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.
2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )
contoh : Kamu belum hantar buku itu ?

(c) Ayat perintah
1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.
Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.

2. Ayat perintah terbahagi kepada:
a. Ayat Suruhan
b.Ayat Permintaan
c.Ayat Larangan
d.Ayat Silaan

Contohnya:
a. Ayat Suruhan

1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.
Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.
               Turunlah dari sini sekarang juga.

b. Ayat Permintaan

1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.
Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
               Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.

c. Ayat Larangan

1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .
2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
Contoh : Jangan minum air itu.
              Usahlah menangis lagi.

d. Ayat Silaan

1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
3. Partikel -lah boleh digunakan.
Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.
               Jemputlah menikmati

(d) Ayat seruan

4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
Contohnya:
i.   Amboi, cantiknya baju kamu!
ii.  Aduh, sakitnya perut aku!

2 Ayat Aktif dan Ayat Pasif
1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men.

 Contohnya:
(a) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(b) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.

2.         Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya……
(a)        tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri              kedua. Contohnya:
            i. Bola itu saya tendang.
            ii. Borang itu perlu anda isi.
(b)        berawalan di dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga. 

Contohnya: Baju itu dibasuh oleh kakak.

3. Ayat pasif terdiri daripada:
(a)        ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
(b)        ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
(c)        ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di, diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.

4.         Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza.

Contohnya:
Ayat AktifApt Pasif Diri Pertama
(a) Saya mencuci kasut sekolah.
(b) Kita menerima keputusan itu.
(c) Aku akan memetik bunga itu.

(a) Kasut sekolah saya cuci.
(b) Keputusan itu kita terima.
(c) Bunga itu akan aku petik.

Ayat AktifAyat Pasif Diri Kedua
(a) Anda harus menyiapkan kerja itu.
(b) Awak mesti menyerahkan surat itu.
(c) Engkau patut memulangkan duitnya.

(a) Kerja itu harus anda siapkan.
(b) Surat itu mesti awak serahkan.
(c) Duitnya patut engkau pulangkan.

Ayat AktifAyat Pasif Diri Ketiga
(a) Mereka mengecat bangunan.
(b) Baginda meminta rakyat supaya
bersabar.
(c) Beliau mengarahkan orang ramai
supaya beratur.

(a) Bangunan dicat oleh mereka.
(b) Rakyat diminta oleh baginda supaya
bersabar.
(c) Orang ramai diarahkan oleh beliau
supaya beratur.

Ayat AktifAyat Pasif
1. Ali membaca buku itu.
2. Ibu memasak nasi lemak.
3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita.
4. Salmah memukul adiknya dengan kuat.

Buku itu dibaca oleh Ali.
Nasi lemak dimasak oleh ibu.
Nasihat guru kita, mesti kita dengar.
Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.


SINTAKSIS

SINTAKSIS


DEFINISI

sintaksis ialah cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstraksi ayat.
sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

KONSEP AYAT

  • unit pengucapan yang tertini dalam susunan tatabahasa.
  • menandungi makna atau idea yang lengkap.
  • diucapkan dengan antonasi yang sempurna.
  • pola ayat ini terbahagi kepada empat iaitu:

Related image

  • konstituen ini boleh terdiri daripada frasa nama . frasa kerja. frasa adjektif dan frasa sendi nama. pola-pola ini adalah gabungan frasa-frasa tersebut
Image result for sintaksis bahasa melayu
JENIS-JENIS AYAT

pada umumnya terdapat duan jenis sahaja ayat iaitu ayat dasar dan ayat terbitan.


Ayat Dasar 

  1. Ayat Dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.
  2. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, asas binaannya terdiri daripada beberapa pola tertentu, yang disebut pola ayat dasar sesuatu bahasa.
  3. Daripada pola itulah terbit ayat yang lain , sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya.
  4. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis dengan berpandu kepada jenis-jenis binaan subjek dan predikatnya.


    •   Frasa Nama (FN)+ Frasa Nama (FN)
            Contoh: Encik Baihaqi (FN) seorang guru (FN)
    •   Frasa Nama (FN)+ Frasa Kerja (FK)
            Contoh: Aniza (FN) membaca buku (FK)

    •   Frasa Nama (FN)+ Frasa Adjektif (FK)
            Contoh: Rumah Intan (FN) besar (FA)

    •   Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi Nama (FN) 
            Contoh: Dia (FN) dari Jitra (FN)
Ayat Terbitan

Maksud ayat terbitan :


  1. Struktur permukaan berpunca daripada suatu ayat yang lain kecuali menyerupai ayat dasar. Wujud pada peringkat struktur dalaman dan wujud dalam bentuk yang serupa.
  2. Proses gramatis melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah struktur memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.Proses transformasi mengakibatkan pengguguran,penyusunan dan perluasan.



BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN Kesantunan verbal -Kesantunan non verbal -Kesantunan lisan -Kesantunan penulisan 3.1 Pendahuluan   “Ya...